500 orang hadir ceramah belakang rumah MB Terengganu

0
117

KUALA NERUS – Kira-kira 500 penduduk sekitar Seberang Takir hadir ke majlis perasmian Markas Pilihanraya UPU Kampung Baru, Seberang Takir di sini malam tadi.

Majlis yang diadakan di halaman rumah Harun Roti itu sepatutnya bermula pada 9.30 malam tetapi dilewatkan sedikit pada 10.30 malam bagi memberi peluang kepada lebih ramai penduduk hadir.

Penceramah yang hadir termasuklah beberapa tokoh PAS antaranya Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir, Zakaria Dagang dan Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah.

Dalam ucapannya, Zakaria Dagang berkata, PAS sudah bersedia untuk menghadapi pilihanraya pada bila-bila masa sahaja.

Katanya, PAS yakin untuk mempertahankan kerusi parlimen Kuala Nerus dan tiga DUN yang dimenangi pada PRU yang lepas.

Sementara itu, Wan Sukairi dalam ucapannya mendakwa Ekspo Terengganu 2018 baru-baru ini adalah satu pembaziran.

Katanya, kerajaan negeri mengumpan rakyat untuk hadir ke ekspo berkenaan dengan hadiah-hadiah lumayan seperti rumah, tanah dan kenderaan pacuan empat roda.

Majlis itu berakhir pada 12 tengah malam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here