Bumbung sekolah runtuh, Ketua Pengarah lari?

0
405

Kejadian ‘beam’ runtuh petang selasa lalu di Sekolah Kebangsaan Jerangau Sungai Bukit Besi di dalam sebuah kelas tidak mendapat reaksi balas pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT).

Pengarahnya Shafruddin Ali Hussin menyalahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) tentang kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 5.00 petang tanpa melibatkan kehilangan nyawa.

Menurut sumber, sekolah tersebut di bina menerusi Rancangan Malaysia Ke 9 dan ianya sebagai bangunan tambahan tiga tingkat di sekolah berkenaan dibina pada 2008.

Shafruddin menyalahkan JKR kerana tidak membuat ‘checking’ yang betul terhadap bangunan yang berusia 20 tahun dan sepatutnya kejadian itu tidak berlaku dimana sekolah-sekolah di seluruh negeri serta negara.

Beliau turut menyalahkan orang ramai kerana bersikap negatif kerana menularkan foto-foto kejadian itu di laman sosial yang mana memberi impak negatif kepada JPNT dan juga sekolah.

Menurut sumber lagi, Shafruddin juga tidak melawat sekolah berkenaan dan hanya menerima laporan daripada pejabat pendidikan daerah sahaja tentang kejadian tersebut.

Beliau juga dikatakan gila hendak menjadi calon pilihanraya umum nanti sehingga sanggup menuruti apa sahaja kehendak orang-orang politik dan menyalahgunakan kuasa sebagai pengarah negeri Terengganu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here