Hishamuddin Abdullah ‘hero’ rakyat

0
120

Ahli PAS yang menjadi ‘hero’ rakyat kerana berjaya merakam gambar terbaru Taman Ilmu Besut mendedahkan dia telah disuruh oleh seorang rakannya dari Kuala Terengganu untuk melakukan kerja berkenaan.

Hishamuddin Abdullah berkata, dia mengambil gambar di kawasan yang kawalan keselamatan paling kurang kerana bimbang tindakannya itu diketahui oleh pengawal keselamatan yang menjaga kawasan tersebut.

“Kalau ikutkan saya memang tidak berani untuk masuk ke kawasan itu tetapi demi tugas, saya nekad untuk menyelinap ke kawasan yang paling rendah kawalan keselamatan.

“Gambar yang saya ambil ada dalam 200 keping tetapi yang diviralkan di media sosial hanya 30 keping sahaja,” katanya ketika berucap dalam Ceramah Perdana Pembongkaran ‘Taman Ilmu’ di Alor Lintang, di sini malam Khamis.

Ceramah Perdana itu dihadiri kira-kira 100 penduduk dari kawasan sekitar Besut.

Hishamuddin yang juga Ketua UPU Bandar Jerteh turut memberitahu, dia telah masuk ke Taman Ilmu untuk kali kedua pada 11 Februari pada pukul 1 tengah hari ketika pengawal keselamatan sedang rehat untuk melakukan tugas yang sama.

Sifat berani Hishamuddin wajar dijadikan contoh oleh para pemuda PAS walaupun tindakannya itu nanti bakal memudaratkan dirinya kerana menceroboh kawasan larangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here