Kalau Tuan Guru Hadi Awang berundur, siapa calon MB PAS?

0
170

Semakin hangat cerita politik kedai kopi dari Jertih hingga Kemaman dan juga viral di laman sosial pro PAS tentang Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS Malaysia dikatakan tidak mempertahankan lagi dua kerusinya iaitu Parlimen Marang dan Dun Rusila.

Menurut sumber rapat, ini kerana Tuan Guru dilaporkan tidak stabil kesihatannya. Oleh itu berkemungkinan besar anak beliau, Ustaz Khalil Abdul Hadi akan mengisi kedua-dua kerusi tersebut.

Namun hakikatnya, Ustaz Khalil dikatakan tidak layak untuk mengisi kekosongan yg ditinggalkan oleh Tuan Guru terutamanya kerusi Parlimen disebabkan Ustaz Khalil yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Malaysia “hingusan” dalam politik.

Pengisiannya di kerusi DUN Rusila dilihat oleh penganalisis politik tempatan sekadar habuan khidmat Tuan Guru Hadi Awang kepada PAS selama ini dan bagi PAS, kerusi Marang bukannya isyarat calon yang bertanding di atas kerusi tersebut adalah sebagai ‘Menteri Besar’ Terengganu.

Menurut penganalisis politik tempatan juga, calon yang paling layak sekiranya PAS menang dan menguasai Terengganu kembali adalah wakil rakyat yang paling senior, lama berkhidmat. Anda boleh fikir bukan?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here