Pas perlu masukkan hudud dalam janji PRU14

0
122

Jika dulu setiap kali tiba musim mengundi Pas akan menyentuh isu hukum hudud di setiap ceramah yang dibuat.

Namun kini sudah tidak lagi kedengaran isu hudud walaupun PRU14 hampir berlaku bila-bila masa dari sekarang.

Malah Pas juga tidak memasukkan perlaksanaan hudud dalam manifesto mereka sama ada di peringkat negeri atau pusat sehinggakan pengikut parti itu tertanya-tanya adakah dasar Pas sudah berubah atau Pas tidak berminat dengan agenda hudud.

Ramai ahli Pas marah dan mahu Pas mengubah kandungan manifesto mereka dengan menambah perlaksanaan hudud jika berjaya memerintah Malaysia.

Pemerhati politik menjangkakan undi Pas di PRU14 akan merosot jika Pas masih berdegil tidak memasukkan hudud dalam manifesto mereka dan mengganggap taraf Pas sama seperti Pan iaitu parti serpihan mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here