PAS tidak terlibat demonstrasi besar-besaran Taman Ilmu

0
124

PAS Pusat hari ini melahirkan rasa kesal di atas laporan yang dikeluarkan oleh portal pro Barisan Nasional Terengganu berhubung demonstrasi besar-besaran di Taman Ilmu pada 02hb Mac 2018 selepas solat Jumaat.

Diberitakan perhimpunan besar-besaran ini bermula di perkarangan Masjid Hadhari Jertih Terengganu. Menurut portal berkenaan, anak kepada presiden PAS Malaysia, Khalil Abd Hadi yang juga merupakan ketua Pemuda PAS Malaysia yang menjadi “kepala” demonstrasi tersebut.

Sumber PAS mengatakan dengan jelas bahawa demonstrasi tersebut adalah bukan arahan daripada PAS Pusat dan juga PAS Terengganu.

Mana-mana kejadian yang tidak diingini dan juga upahan adalah bukan datangnya daripada PAS Pusat dan juga PAS Terengganu kerana dikatakan setiap peserta diberi RM25 sekepala berserta minyak petrol RM2.

Khalil Abd Hadi bakal membuat kenyataan rasmi dalam masa terdekat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here