Pasar baharu Pasir Puteh bukanlah ‘reban ayam’

0
115

Ketua Pemuda PAN Kelantan yang terkenal dengan panggilan Jeming Hassan tidak sepatutnya melabelkan pasar baharu Pasir Puteh, Kelantan umpama reban ayam.

Beliau yang juga bekas pemain media sosial PAS satu ketika dahulu (tidak pegang apa-apa jawatan dalam parti, tidak berpengalaman dalam politik negeri) sepatutnya menjaga pertuturan apabila membuat kenyataan berhubung projek yang begitu tinggi nilainya kepada rakyat.

Jeming Hassan sepatutnya melihat dari sudut nilai projek untuk kepentingan peniaga Pasir Puteh dan bukannya cuba mencari nama sebagai pejuang rakyat dengan menghina saiz ruang niaga di pasar baharu tersebut.

Rekabentuk yang dibuat untuk ruang niaga tersebut memberikan keutamaan kepada ciri keselamatan peniaga dan pengunjung. Kenapa perlu pintu yang besar kalau sekadar pembeli boleh tunjuk sahaja barang apa yang mereka mahu dan penjual menyediakan khidmat menyediakan barangan.

10×8 atau 10×10 lebih besar daripada ruang kubur dan lebih besar dari reban ayam jadi janganlah menghina peniaga Pasir Puteh kerana selama ini pun saiz tersebut dengan dinding kayu sahaja mereka sudah berjaya dalam perniagaan mereka mengutip keuntungan, bahkan lebih teruk daripada itu saiz ruang pasar yang lama peniaga hanya boleh duduk di kawasan luar sahaja.

Jadi, Jeming Hassan wajib minta maaf kepada peniaga-peniaga yang betul-betul ingin berniaga dan bukannya ingin berpolitik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here