Peniaga Pasar Pasir Puteh harus akur arahan MDPP

0
61

Adalah tidak wajar isu Pasar Pasir Puteh diheret begitu panjang masanya oleh dalang-dalang yang berkepentingan peribadi.

Rakyat Malaysia sudah tahu bahawa pasar baharu sudah pun siap dan sedia untuk digunakan oleh peniaga-peniaga yg kononnya terancam rezeki mereka apabila pasar lama dirobohkan.

Tindakan beberapa orang di dalam video yang viral semalam jika dinilai bukanlah suara 100 peratus peniaga di pasar tersebut.

Nampak jelas beberapa orang ini menengking dan menghina penjawat awam dari menjalankan tugas.

Mereka bukannya bodoh dan tidak tahu undang-undang kerana proses pembambilalihan tapak pasar tersebut dan memindahkan mereka ke tempat baharu sudah berlaku sekian lama.

Secara logiknya pegawai MDPP dan kontraktor yang hadir bersama jentera untuk robohkan pasar yg sudah berusia lebih 20 tahun mestilah sudah maklum berhubung undang2 dan kebenaran meroboh.

Diharap pihak polis dan menyiasat siapa dalang yang cuba ‘menyiram minyak’ untuk timbulkan kemarahan yang hampir berlaku ‘pertumpahan darah’ semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here