Rakyat hidup senang-lenang ketika pemerintahan PAS

0
99

KUALA TERENGGANU – Zaman pemerintahan PAS pada 1999 penuh dengan keberkatan kerana parti itu mengamalkan syariat ALLAH.

Penceramah PAS, Ustaz Nazari Alias berkata, walaupun hanya sepenggal PAS memerintah Terengganu, rakyat hidup senang lenang selain pokok-pokok yang ditanam berbuah dengan subur.

“Ini adalah hasil undang-undang Islam yang diperkenalkan oleh PAS. Bila syariat diikuti maka ALLAH akan memberikan rezeki yang melimpah ruah kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Markaz PDM Bukit Chempaka, di sini semalam yang dihadiri kira-kira 30 penyokong PAS.

Ustaz Nazari berkata, PAS berjaya menyelesaikan pembahagian tanah kepada rakyat Terengganu.

“Alhamdulillah, masalah tanah yang dihadapi rakyat sekian lama berjaya diatasi walaupun tidak secara menyeluruh,” katanya.

Sementara itu seorang lagi penceramah, Ustaz Hamzah Ngah berkata kerajaan BN hari ini tidak pandai memerintah dan hanya tahu membazir.

“Pemimpin BN hanya tahu membebankan rakyat sebagai contoh pelaksanaan GST.

“Bila ia dilaksana barang jadi mahal dan rakyat makin terbeban dari sehari ke sehari,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here