Ya Dagang, At Takiri berebut jadi MB Terengganu?

0
100

Ketika Pan terus kukuh bertapak di Terengganu, Pas Terengganu pula lain ceritanya.

Ramai mengatakan parti pembangkang itu sedang berpuak-puak dan mempunyai 2 @ 3 kem dalam negeri ini khususnya di kawasan Parlimen Kuala Nerus.

1 kem di pihak Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Khairudin At Takiri manakala satu lagi menyokong calon kalah di Dun Seberang Takir Zakaria Dagang.

Sejak akhir ini banyak serangan dilancarkan terhadap kem At Takiri yang mendakwa beliau sedang sibuk mengumpul kekayaan melalui perniagaan isterinya dan tidak mempedulikan kebajikan rakyat di parlimen sendiri.

Ada yang menuduh serangan itu diarahkan oleh Ya Dagang disebabkan dengki dengan ura-ura Takiri mahu menjadi Menteri Besar selepas PRU ke 14 kelak.

Ini kerana jika mengikut hierarki kepimpinan Pas, siapa yang berada di kedudukan paling tinggi dia akan menjadi pilihan untuk menjawat jawatan tertinggi negeri.

Tambahan pula beliau mempunyai kelulusan pengajian universiti luar negara sekali gus melayakkan beliau sebagai calon pilihan MB.

Ya Dagang sudah pasti tidak akan memberi laluan mudah kepada Takiri dan akan menentangnya habis-habisan dalam penentuan calon MB Pas nanti.

Perkembangan cerita ini merupakan isu menarik untuk diketahui dan dibongkarkan dan pengikut tegar Pas sudah tidak sabar siapa yang paling layak menjadi MB Terengganu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here